Background

Wednesday, 27 July 2011

MELANCONG DI PULAU PINANG

Pada 21.9.2010,selasa,SMK Sri Nipah telah mengadakan satu lawatan ke Pulau Pinang untuk pelajar tingkatan lima.lawatan ini khas kepada pelajar tingkatan lima.Pada setiap tahun sekolah kami akan mengadakan lawatan luar daripada Kelantan.Lawatan ini bertujuan untuk menghilangkan tekanan para pelajar tingkatan lima untuk menghadapi peperiksaan SPM.Selain itu memberi peluang kepada para pelajar melancong ke tempat pelancongan yang tidak pernah mereka lawati.Pada hari pertama kami sampai di Pulau Pinang,kami melawat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.Kami diberi ceramah tentang kemasukan ke Kolej Matrikulasi.selepas itu kami bergerak ke USM Pulau Pinang.Kami menginap di USM untuk semalaman.Pada waktu malam,kami semua melawat padang kota.Suasana di Padang Kota sungguh meriah.Tambahan pada saat itu ada Pesta Tanglung.Ramai kaum cina perkumpul dan membawa tanglung.Pada keesokan harinya pula,kami melawat taman botani.Tempatnye sungguh cantik.Terdapat keindahan alam flora dan fauna. Disana terdapat banyak monyet.Kenangan yang tak dapat dilupakan di Taman Botani,ketika salah seorang daripada kawan saya dikejar oleh monyet.Dia lari bertepiaran pada masa itu.Muka dia menjadi pucat.Semua rakan-rakan yang lain tertawakan dia.Selepas itu kami bergambar bersama-sama.Selain itu,kami bertolak ke Kota Jambul dan pasar untuk membeli jeruk.Pulau Pinang popular dengan jeruk,jadi kami tidak melepaskan peluang membeli jeruk.Bermacam jenis jeruk buah terdapat di sana seperti salak,betik,mangga dan bermacam  lagi.


KHEMAH KERJA KELAB SETIA NEGERI KELANTAN
Saya menceburkan diri dalam kelab ni sejak tingkatan satu.Pada mulanya saya tidak aktif dalam kelab ni.Saya mula bergiat aktif semasa saya berada di tingkatan 4.Saya menyertai aerobik yang dianjurkan oleh pejabat Penerangan Bachok.Kelab Setiai berada dibawah program sekolah tetapi Pejabat Penerangan Bachok menjadikan kelab setia sekolah saya sebagai anak angkat kepada Jabatan Penerangan Bachok. 
        Setelah menjadi anak angkat kepada Pejabat Penerangan Bachok,kelab setia sekolah saya mendapat banyak kelebihan dan program yang ingin kami lakukan akan ditanggung oleh Pejabat Penerangan Bachok.Semasa saya berada di tingkatan 5,saya dilantik menjadi pengerusi kelab setia di sekolah saya.Pada waktu yang sama saya dipilih untuk menyertai Khemah Kerja Kelab Setia Negeri Kelantan yang diadakan di Aura Training Centre,kandis.
          Bermacam-macam aktiviti yang dilakukan di sana.Kami datang dari bermacam jenis daerah yang berada dalam negeri Bachok.Saya mendapat ramai kawan,semua sporting dan boleh bekerjasama.Saya di pilih sebagai penghuluwati dalam kem tersebut.
         Setelah perasmian penutup,peserta lelaki terbaik dipilih.aizuddin dipilih sebagai peserta lelaki terbaik.Saya ingat penghulu yang akan dipilih tapi tidak.Saya dipilih sebagai pesreta wanita terbaik.saya mendapat hadiah.Semua yang mendapat hadiah di temuramah oleh penulis surat khabar.kalau korang tidak percaya,korang boleh mintak nak tengok,saya boleh tunjukkan sebab saya masih simpan keratan akhbar tu.


Monday, 25 July 2011

HARI GRADUASI PELAJAR TINGKATAN LIMA 2010





































GRADUASI PELAJAR TINGKATAN 2010 DI HOTEL RAUDHAH,KOTA BHARU.
Setiap tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nipah akan mengadakan hari gradusi kepada pelajar tingkatan lima.Hari graduasi diadakan sebelum peperiksaan SPM.Ini kerana untuk meraikan semua pelajar tingkatan lima dan menaikkan semangat untuk menghadapi peperiksaan SPM nanti.Dalam majlis tersebut,saya  terpilih sebagai TOKOH PELAJAR.Saya terkejut setelah nama saya disebvut.Saya tidak menyangka saya mendapat anugerah tersebut.Saya mendapat sebuah buku yang dikarang oleh Ustazah Siti Norbayyah mahmood yang bertajuk Minda Hebat.selain itu saya mendapat sedikit saguhati dari sekolah dan hamper.

kursus leading leadership di cameron highland

STAR REGENCY HOTEL
Pada 14.5.2011,belia daerah bachok dan belia daerah pasir putih bergabung untuk mengadakan satu kursus iaitu kursus leading leadership.Kursus itu diadakan di Star Regency Hotel.Kursus tersebut merupakan kursus kali pertama yang dilakukan luar daripada Negeri Kelantan.Kursus tersebut bertujuan membimbing pemimpin kelab atau persatuan Belia Daerah Bachok dan Pasir Puteh supaya memimpin persatuan dengan lebih sistematik. Saya merupakan Ahli Jawatan Kuasa Kelab Rakan Muda Bachok.Pengetahuan yang saya dapat dari kursus tersebut ialah saya dapat memahami cara dan tindakan apabila sesuatu persatuan menghadapi masalah.Saya rasa sangat bertuah kerana saya merupakan ahli baru dalam belia tetapi diberi peluang mengikuti kursus tersebut bersama senior-senior yang lain.Mereka layan saya macam ahli-ahli yang lain,mereka tidak membezakan ahli lama mahupun baru.Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang berikan oleh kerajaan kepada belia apabila mengikuti persatuan belia.Selain itu kami direhatkan minda dengan melawat Ladang Teh dan Ladang strawberi.Kami dibenarkan berjalan satu hari suntuk sebelum kami pulang ke rumah.Satu plastik besar setiap seorang beli buah strawberi.Ini kerana buah strawberi hanya ada di Cameron Highland sahaja,jadi kami ambil peluang beli banyak-banyak.Kami tidak tahu bila lagi kami akan pergi ke sana.Saya sarankan kepada semua belia yang belum mendaftarkan diri dalam persatuan belia,mereka perlulah cepat-cepat mendaftar.Ini kerana persatuan belia diberi kelebihan oleh kerajaan.Dengan menyertai Rakan Muda saya dapat mengembangkan bakat saya dalam sukan.Saya bergiat aktif dalam Permainan Bola Jaring Belia dan sekarang saya menceburkan diri dalam permainan futsal.Pada setiap tahun,belia bachok akan mengadakan pertandingan futsal bagi wanita dan lelaki,bola jaring,sepak takraw,bola sepak dan banyak lagi.Ia merupakan aktiviti tahunan bagi Belia Bachok. Mungkin aktiviti di kawasan lain lebih rancak dijalankan.Seterusnya bagi belia yang suka melakukan aktiviti permotoran,mereka boleh mengikuti konvoi motor yang diadakan pada program tertentu.Saya pernah mengikuti perkemahan di kaki bukit gunung tebu di la hot sring.tempatnya sungguh indah.Air terjun mengalir dengan laju dan jernih.Tujuan parkhemahan itu adalah untuk merehatkan minda.Semasa kami berjalan masuk,kami melihat katak batu.Mengilkut cita Pak Din,katak itu dipijak oleh tuannya,itu menyebabkan badannya leper sebelah.Selain itu,kami melihat sebuah bahtera yang besar.bahtera tersebut juga menjadi batu.Sepanjang perjalanan kami,kami menyusuri sungai.apabila kami sampai di sungai surut,airnya kering.kami terkejuk kerana hanya 5kaki sahaja air tiada,selepas itu air ada.Ini dinamakan sungai surut.Banyak sesuatu yang aneh berada ditempat tersebut dan mempunyai sejarah tertentu.