MELANCONG DI PULAU PINANG
Pada 21.9.2010,selasa,SMK Sri Nipah telah mengadakan satu lawatan ke Pulau Pinang untuk pelajar tingkatan lima.lawatan ini khas kepada pelajar tingkatan lima.Pada setiap tahun sekolah kami akan mengadakan lawatan luar daripada Kelantan.Lawatan ini bertujuan untuk menghilangkan tekanan para pelajar tingkatan lima untuk menghadapi peperiksaan SPM.Selain itu memberi peluang kepada para pelajar melancong ke tempat pelancongan yang tidak pernah mereka lawati.Pada hari pertama kami sampai di Pulau Pinang,kami melawat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.Kami diberi ceramah tentang kemasukan ke Kolej Matrikulasi.selepas itu kami bergerak ke USM Pulau Pinang.Kami menginap di USM untuk semalaman.Pada waktu malam,kami semua melawat padang kota.Suasana di Padang Kota sungguh meriah.Tambahan pada saat itu ada Pesta Tanglung.Ramai kaum cina perkumpul dan membawa tanglung.Pada keesokan harinya pula,kami melawat taman botani.Tempatnye sungguh cantik.Terdapat keindahan alam flora dan fauna. Disana terdapat banyak monyet.Kenangan yang tak dapat dilupakan di Taman Botani,ketika salah seorang daripada kawan saya dikejar oleh monyet.Dia lari bertepiaran pada masa itu.Muka dia menjadi pucat.Semua rakan-rakan yang lain tertawakan dia.Selepas itu kami bergambar bersama-sama.Selain itu,kami bertolak ke Kota Jambul dan pasar untuk membeli jeruk.Pulau Pinang popular dengan jeruk,jadi kami tidak melepaskan peluang membeli jeruk.Bermacam jenis jeruk buah terdapat di sana seperti salak,betik,mangga dan bermacam lagi.
No comments:
Post a Comment