Background

Monday, 19 September 2011



pengalaman menjadi ketua pengawas
 pengalaman saya menjadi pengawas sekolah memang banyak.waktu di sekolah rendah,saya mula  jadi pengawas semasa darjah tiga.semasa darjah satu dan dua saya hanya menjadi penolong ketua darjah,naik darjah tiga saya menjadi pengawas sekolah.saya di temuduga menjadi pengawas dan saya layak menjadi pengawas dan saya dipindah kelas ke kelas pertama.Pada mulanya saya tak mahu pindah kerana semua kawan-kawan berada dalam kelas yang dulu.Setelah itu,saya bersetuju bertukar kelas kerana kawan rapat saya juga bertukar kelas sama dengan saya.Memang kelakar masa tu.Saya menjadi pengawas sehingga darjah enam.setelah habis darjah enam,bermula alam remaja di sekolah menengah.Pada tingkatan 1 saya dilantik menjadi penolong ketua kelas. Pada masa tu juga lah banyak kerja yang perlu dibuat.tiap-tiap pagi,saya terpaksa datang awal sekolah untuk menguruskan kelas dan selepas waktu pertama belajar,saya perlu ke pejabat untuk menulis kehadiran kelas.Saya selalu bergaduh dengan ketua kelas sebab dia selalu menyuruh saya yang menanda kehadiran.Sekarang semua tu menjadi kenangan buat saya.Apabila masuk tingkatan 2,saya dilantik menjadi pengawas sekolah.Saya ditugaskan untuk mengawal pelajar pada waktu rehat di kantin.cabaran saya pada masa tu ialah saya terpaksa mengawal pelajar senior.memang banyak gelagak diorang yang saya terpaksa tempuhi tetapi saya perlu tegas walaupun dengan kawan sendiri.Tingkatan tiga pun begitu juga,setiap kali perhimpunan,saya ditugaskan memantau ke seluruh kawasan sekolah bagi menangkap pelajar yang ponteng perhimpunan. 
          Masa tingkatan 4,saya sekolah tempat yang sama,saya masih menjadi pengawas.Masa tu saya dilantik menjadi bendahari pengawas sekolah.Ramai senior yang tak puas hati sebab saya ni junior diorang tapi kebanyakan yang menyokong.Ketua pengawas masa tu kawan saya satu kampung jadi apa-apa program yang nak dibuat kami akan bincang bersama.banyak la jugak cabaran jadi bendahari ni,saya kena pegang duit banyak. Alhamdulillah la sebab tak ada duit yang hilang.Semasa tingkatan 5,pengetua dan guru pengawas melantik saya sebagai ketua pengawas.Cikgu cakap pengawas lelaki bermasalah sikit.Jadi saya terima dengan rela hati,ketua pengawas bukan senang.Ada satu hari tu, ada seorang cikgu ni,dia panggil saya dan suruh saya buat text untuk ucapan petang ni katanya.Masa tu saya dah pening.Dalam fikiran saya,Aku nak tulis apa la ni.Cikgu bagi masa satu jam untuk siapkan.Tambahan pulak masa tu saya tengah belajar.Saya mintak kawan-kawan tolong fikirkan,diorang pun tengah kekurangan idea masa tu.Lepas itu datang cikgu bm,dia memang baik,saya dah tahan nak nangis dari pagi lagi.dah 2 jam saya tak dapat siapkan.Hanya cikgu bm yang panggil saya dengan panggilan yang lain iaitu "kak nik". Dia tanya la kenapa dan ada masalah ke?tiba-tiba saya pandang belakang dan terus nangis.Bila saya fikir-fikir balik kan malu la nangis depan cikgu,tambahan depan cikgu lelak.Adoi kelakar dan malu.Dia ajak saya ke makmal komputer sebab dia nak tolong.Saya tak mahu.Kul 1 lebih dia datang ke kelas dan dia bagi satu kertas ucapan.Masa tu saya dah siapkan text tapi saya ambil jugak yang dia bagi.Dia hantar kertas tu kat kelas,tak kan nak cakap tak nak.Pada petang tu ada jamuan,saya guna text yang cikgu bm bagi.Nama cikgu tu ialah En.Che Omar.Dia sangat baik.Terima kasih cikgu!Banyak pengalaman menjadi pengawas,masa tu saya rasa penat,terkejar-kejar nak buat sesuatu,saya terpaksa mengawal mesyuarat pengawas,kena kawal pelajar,kena jadi mc tiap kali perhimpunan dan banyak lagi.Tetapi kan semua benda tu jadi kenangan  manis dalam hidup saya.
seronok jadi pengawas nie.                      dari nik: "korang ada?xde kan....hahaha"

No comments:

Post a Comment