Background

Monday, 19 September 2011



pengalaman menjadi ketua pengawas
 pengalaman saya menjadi pengawas sekolah memang banyak.waktu di sekolah rendah,saya mula  jadi pengawas semasa darjah tiga.semasa darjah satu dan dua saya hanya menjadi penolong ketua darjah,naik darjah tiga saya menjadi pengawas sekolah.saya di temuduga menjadi pengawas dan saya layak menjadi pengawas dan saya dipindah kelas ke kelas pertama.Pada mulanya saya tak mahu pindah kerana semua kawan-kawan berada dalam kelas yang dulu.Setelah itu,saya bersetuju bertukar kelas kerana kawan rapat saya juga bertukar kelas sama dengan saya.Memang kelakar masa tu.Saya menjadi pengawas sehingga darjah enam.setelah habis darjah enam,bermula alam remaja di sekolah menengah.Pada tingkatan 1 saya dilantik menjadi penolong ketua kelas. Pada masa tu juga lah banyak kerja yang perlu dibuat.tiap-tiap pagi,saya terpaksa datang awal sekolah untuk menguruskan kelas dan selepas waktu pertama belajar,saya perlu ke pejabat untuk menulis kehadiran kelas.Saya selalu bergaduh dengan ketua kelas sebab dia selalu menyuruh saya yang menanda kehadiran.Sekarang semua tu menjadi kenangan buat saya.Apabila masuk tingkatan 2,saya dilantik menjadi pengawas sekolah.Saya ditugaskan untuk mengawal pelajar pada waktu rehat di kantin.cabaran saya pada masa tu ialah saya terpaksa mengawal pelajar senior.memang banyak gelagak diorang yang saya terpaksa tempuhi tetapi saya perlu tegas walaupun dengan kawan sendiri.Tingkatan tiga pun begitu juga,setiap kali perhimpunan,saya ditugaskan memantau ke seluruh kawasan sekolah bagi menangkap pelajar yang ponteng perhimpunan. 
          Masa tingkatan 4,saya sekolah tempat yang sama,saya masih menjadi pengawas.Masa tu saya dilantik menjadi bendahari pengawas sekolah.Ramai senior yang tak puas hati sebab saya ni junior diorang tapi kebanyakan yang menyokong.Ketua pengawas masa tu kawan saya satu kampung jadi apa-apa program yang nak dibuat kami akan bincang bersama.banyak la jugak cabaran jadi bendahari ni,saya kena pegang duit banyak. Alhamdulillah la sebab tak ada duit yang hilang.Semasa tingkatan 5,pengetua dan guru pengawas melantik saya sebagai ketua pengawas.Cikgu cakap pengawas lelaki bermasalah sikit.Jadi saya terima dengan rela hati,ketua pengawas bukan senang.Ada satu hari tu, ada seorang cikgu ni,dia panggil saya dan suruh saya buat text untuk ucapan petang ni katanya.Masa tu saya dah pening.Dalam fikiran saya,Aku nak tulis apa la ni.Cikgu bagi masa satu jam untuk siapkan.Tambahan pulak masa tu saya tengah belajar.Saya mintak kawan-kawan tolong fikirkan,diorang pun tengah kekurangan idea masa tu.Lepas itu datang cikgu bm,dia memang baik,saya dah tahan nak nangis dari pagi lagi.dah 2 jam saya tak dapat siapkan.Hanya cikgu bm yang panggil saya dengan panggilan yang lain iaitu "kak nik". Dia tanya la kenapa dan ada masalah ke?tiba-tiba saya pandang belakang dan terus nangis.Bila saya fikir-fikir balik kan malu la nangis depan cikgu,tambahan depan cikgu lelak.Adoi kelakar dan malu.Dia ajak saya ke makmal komputer sebab dia nak tolong.Saya tak mahu.Kul 1 lebih dia datang ke kelas dan dia bagi satu kertas ucapan.Masa tu saya dah siapkan text tapi saya ambil jugak yang dia bagi.Dia hantar kertas tu kat kelas,tak kan nak cakap tak nak.Pada petang tu ada jamuan,saya guna text yang cikgu bm bagi.Nama cikgu tu ialah En.Che Omar.Dia sangat baik.Terima kasih cikgu!Banyak pengalaman menjadi pengawas,masa tu saya rasa penat,terkejar-kejar nak buat sesuatu,saya terpaksa mengawal mesyuarat pengawas,kena kawal pelajar,kena jadi mc tiap kali perhimpunan dan banyak lagi.Tetapi kan semua benda tu jadi kenangan  manis dalam hidup saya.
seronok jadi pengawas nie.                      dari nik: "korang ada?xde kan....hahaha"

Monday, 15 August 2011


Korean Drama

I am one of the fanatic fans of Korean dramas and movies.
I've been watching a bunch of movies from Korea and I think all these movie are so great and worth-watching.
I had been spending a big fortune to buy original Cd's so that I can satisfy myself by watching these dramas in a good quality. Can you just imagine if one Korean Drama's Cd costed me at least rm80, then how much would if be if I am now have 17 Cd's as my collection?
Of course it's a bit costly for a student like me but because of my serious interest in Korean Dramas, my mom had supported me.Sometimes she gave me money to buy the Cd's and we also watched these dramas together.
My brother would join us as well if he had the time. There was a time when we had stayed up until 4am just to finish a korean drama entitled My Lovely Samson. Full House,Autumn In My heart,Memory Of Bali, Love In Harvard,Sassy girl,My Girl, Coffee Prince and Princess Hours, you just name it. I've been watching them more than 3 times, you know! Hahahaha.

One piece of advice from me, dont ever get yourself involved with Korean dramas.
Believe me, you will be one of the fanatic, just like me. Huhuhuhuhuhu
                                      remember that!!!!!!!!:)

Monday, 1 August 2011




EXPERIMENT JANTUNG LEMBU
       Semasa saya tingkatan lima,saya dan kawan-kawan sekelas telah melakukan suatu experiment terhadap jantung lembu.Ayah kepada salah seorang kawan saya telah mendermakan dua jantung lembu kepada kami untuk membuat experiment.Satu jantung lembu yang diimport dan satu lagi jantung lembu kampung.Saiz jantung lembu berbeza. Saiz jantung lembu import lebih besar berbanding dengan saiz jantung lembu kampung.Kebanyakan pelajar dalam kelas kami mabuk darah.Mereka tidak dapat melakukan experiment,mereka hanya melihat dari jauh.Semua pelajar termasuk guru ketawa.Pada mulanya saya geli menyentuhnya tetapi setelah menyentuhnya,saya rasa menarik.saya alah kepada benda lembik tapi setelah memegang dia akan rasa biasa.kami bedah untuk melihat salur darah dan injap-injap yang berada dalam jantung.jantung mempunyai 4 bilik iaitu arteri kanan,arteri kiri,ventrikel kanan dan ventrikel kiri.4 bilik dipisahkan oleh injap.fungsi injap untuk membenarkan darah satu arah sahaja,jadi darah beroksigen tidak akan bercampur dengan darah yang tidak ada oksigen.
        Hanya kelas saya sahaja yang mendapat peluang bedah jantung lembu tetapi sekolah lain ada yang bedah katak dan tikus.sekolah saya hanya bedah jantung lembu.Tapi tak apa kerana kami ada peluang jugak bedah jantung lembu.kamu semua cuba la.seronok,percaya lah.




URUSETIA PERKHEMAHAN PERDANA  UNIT BERUNIFORM
Pada 27 april 2011 hingga 29 april 2011,Ketua ZONPEN 4 PPD Bachok telah mengadakan satu perkhemahan bagi semua sekolah yang berada di bawah ZONPEN 4 PPD Bachok iaitu Perkhemahan Perdana Unit beruniform.Saya dan kawan-kawan dijemput untuk menjadi faci di sana.pada hari yang sama jugak saya kami terpaksa menjadi faci di perkhemahan pbsm kebangsaan di kem kandis tapi kami membuat keputusan untuk menjadi faci budak sekolah rendah kerana kami telah berjanji lebih awal lagi dengan ketua ZONPEN 4,jadi kami terpaksa pergi jugak.Saya tak menyesal kerana saya gembira menjaga budak-budak.Mereka tidak banyak kerenah,mereka akan ikut apa yang kami cakap.Banyak aktiviti yang kami lakukan untuk mengisi masa diorang.Kami bergabung dengan Persatuan Belia Kelana.Mereka juga bekerjasama menjayakankan perkhemahan ini.
              Macam-macam kami buat,saya terpaksa mempersembahkan tarian harka pada budak-budak. Mereka tidak pernah melihat tarian tersebut,mereka ketawa terbahak-bahak.Kami bahagikan kumpulan dan kami mengajar asas kawad.Mereka tidak tahu sedikit pun asas dalam kawad,dalam satu kumpulan tu hanya 2 atau 3 orang sahaja yang tahu kawad kaki.Malam tu kami makan ramai-ramai,kami buat BBQ,sup belut pun ada,saya tidak suka makan sup belut sebab saya nampak belut tu macam ular.Satu periuk besar habis sekali gus diorang kebas,ishh2 memang dasyat la.Lepas tu kami berbual-bual.banyak la tentang pengalaman masing-masing.Dekat sana bermacam-macam kerenah budak.
              Korang akan rasa suka bila korang selalu melakukan aktiviti luar seperti perkhemahan.Perkhemahan sangat menyeronokkan dan setiap kali berkhemah kita akan mendapat benda yang baru.percaya lah!!!!!