Background

Wednesday 27 July 2011



KHEMAH KERJA KELAB SETIA NEGERI KELANTAN
Saya menceburkan diri dalam kelab ni sejak tingkatan satu.Pada mulanya saya tidak aktif dalam kelab ni.Saya mula bergiat aktif semasa saya berada di tingkatan 4.Saya menyertai aerobik yang dianjurkan oleh pejabat Penerangan Bachok.Kelab Setiai berada dibawah program sekolah tetapi Pejabat Penerangan Bachok menjadikan kelab setia sekolah saya sebagai anak angkat kepada Jabatan Penerangan Bachok. 
        Setelah menjadi anak angkat kepada Pejabat Penerangan Bachok,kelab setia sekolah saya mendapat banyak kelebihan dan program yang ingin kami lakukan akan ditanggung oleh Pejabat Penerangan Bachok.Semasa saya berada di tingkatan 5,saya dilantik menjadi pengerusi kelab setia di sekolah saya.Pada waktu yang sama saya dipilih untuk menyertai Khemah Kerja Kelab Setia Negeri Kelantan yang diadakan di Aura Training Centre,kandis.
          Bermacam-macam aktiviti yang dilakukan di sana.Kami datang dari bermacam jenis daerah yang berada dalam negeri Bachok.Saya mendapat ramai kawan,semua sporting dan boleh bekerjasama.Saya di pilih sebagai penghuluwati dalam kem tersebut.
         Setelah perasmian penutup,peserta lelaki terbaik dipilih.aizuddin dipilih sebagai peserta lelaki terbaik.Saya ingat penghulu yang akan dipilih tapi tidak.Saya dipilih sebagai pesreta wanita terbaik.saya mendapat hadiah.Semua yang mendapat hadiah di temuramah oleh penulis surat khabar.kalau korang tidak percaya,korang boleh mintak nak tengok,saya boleh tunjukkan sebab saya masih simpan keratan akhbar tu.


No comments:

Post a Comment