Background

Monday 25 July 2011

kursus leading leadership di cameron highland

STAR REGENCY HOTEL
Pada 14.5.2011,belia daerah bachok dan belia daerah pasir putih bergabung untuk mengadakan satu kursus iaitu kursus leading leadership.Kursus itu diadakan di Star Regency Hotel.Kursus tersebut merupakan kursus kali pertama yang dilakukan luar daripada Negeri Kelantan.Kursus tersebut bertujuan membimbing pemimpin kelab atau persatuan Belia Daerah Bachok dan Pasir Puteh supaya memimpin persatuan dengan lebih sistematik. Saya merupakan Ahli Jawatan Kuasa Kelab Rakan Muda Bachok.Pengetahuan yang saya dapat dari kursus tersebut ialah saya dapat memahami cara dan tindakan apabila sesuatu persatuan menghadapi masalah.Saya rasa sangat bertuah kerana saya merupakan ahli baru dalam belia tetapi diberi peluang mengikuti kursus tersebut bersama senior-senior yang lain.Mereka layan saya macam ahli-ahli yang lain,mereka tidak membezakan ahli lama mahupun baru.Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang berikan oleh kerajaan kepada belia apabila mengikuti persatuan belia.Selain itu kami direhatkan minda dengan melawat Ladang Teh dan Ladang strawberi.Kami dibenarkan berjalan satu hari suntuk sebelum kami pulang ke rumah.Satu plastik besar setiap seorang beli buah strawberi.Ini kerana buah strawberi hanya ada di Cameron Highland sahaja,jadi kami ambil peluang beli banyak-banyak.Kami tidak tahu bila lagi kami akan pergi ke sana.Saya sarankan kepada semua belia yang belum mendaftarkan diri dalam persatuan belia,mereka perlulah cepat-cepat mendaftar.Ini kerana persatuan belia diberi kelebihan oleh kerajaan.Dengan menyertai Rakan Muda saya dapat mengembangkan bakat saya dalam sukan.Saya bergiat aktif dalam Permainan Bola Jaring Belia dan sekarang saya menceburkan diri dalam permainan futsal.Pada setiap tahun,belia bachok akan mengadakan pertandingan futsal bagi wanita dan lelaki,bola jaring,sepak takraw,bola sepak dan banyak lagi.Ia merupakan aktiviti tahunan bagi Belia Bachok. Mungkin aktiviti di kawasan lain lebih rancak dijalankan.Seterusnya bagi belia yang suka melakukan aktiviti permotoran,mereka boleh mengikuti konvoi motor yang diadakan pada program tertentu.Saya pernah mengikuti perkemahan di kaki bukit gunung tebu di la hot sring.tempatnya sungguh indah.Air terjun mengalir dengan laju dan jernih.Tujuan parkhemahan itu adalah untuk merehatkan minda.Semasa kami berjalan masuk,kami melihat katak batu.Mengilkut cita Pak Din,katak itu dipijak oleh tuannya,itu menyebabkan badannya leper sebelah.Selain itu,kami melihat sebuah bahtera yang besar.bahtera tersebut juga menjadi batu.Sepanjang perjalanan kami,kami menyusuri sungai.apabila kami sampai di sungai surut,airnya kering.kami terkejuk kerana hanya 5kaki sahaja air tiada,selepas itu air ada.Ini dinamakan sungai surut.Banyak sesuatu yang aneh berada ditempat tersebut dan mempunyai sejarah tertentu. 

No comments:

Post a Comment