Background

Monday 1 August 2011





URUSETIA PERKHEMAHAN PERDANA  UNIT BERUNIFORM
Pada 27 april 2011 hingga 29 april 2011,Ketua ZONPEN 4 PPD Bachok telah mengadakan satu perkhemahan bagi semua sekolah yang berada di bawah ZONPEN 4 PPD Bachok iaitu Perkhemahan Perdana Unit beruniform.Saya dan kawan-kawan dijemput untuk menjadi faci di sana.pada hari yang sama jugak saya kami terpaksa menjadi faci di perkhemahan pbsm kebangsaan di kem kandis tapi kami membuat keputusan untuk menjadi faci budak sekolah rendah kerana kami telah berjanji lebih awal lagi dengan ketua ZONPEN 4,jadi kami terpaksa pergi jugak.Saya tak menyesal kerana saya gembira menjaga budak-budak.Mereka tidak banyak kerenah,mereka akan ikut apa yang kami cakap.Banyak aktiviti yang kami lakukan untuk mengisi masa diorang.Kami bergabung dengan Persatuan Belia Kelana.Mereka juga bekerjasama menjayakankan perkhemahan ini.
              Macam-macam kami buat,saya terpaksa mempersembahkan tarian harka pada budak-budak. Mereka tidak pernah melihat tarian tersebut,mereka ketawa terbahak-bahak.Kami bahagikan kumpulan dan kami mengajar asas kawad.Mereka tidak tahu sedikit pun asas dalam kawad,dalam satu kumpulan tu hanya 2 atau 3 orang sahaja yang tahu kawad kaki.Malam tu kami makan ramai-ramai,kami buat BBQ,sup belut pun ada,saya tidak suka makan sup belut sebab saya nampak belut tu macam ular.Satu periuk besar habis sekali gus diorang kebas,ishh2 memang dasyat la.Lepas tu kami berbual-bual.banyak la tentang pengalaman masing-masing.Dekat sana bermacam-macam kerenah budak.
              Korang akan rasa suka bila korang selalu melakukan aktiviti luar seperti perkhemahan.Perkhemahan sangat menyeronokkan dan setiap kali berkhemah kita akan mendapat benda yang baru.percaya lah!!!!!

No comments:

Post a Comment